Tarikh |
5 Disember 2023 (Selasa) |
Masa |
10.00 pagi -12.00 tengahari |
Peserta |
Suri rumah |
Lokasi |
PEDi KDAST 2 |
Tujuan :
Menyiapkan Resume Lengkap Beserta Gambar Bagi Tujuan Minta Kerja
Aktiviti :
Mempelajari Template Mudah Membuat Resume
Mempelajari Senarai Maklumat Penting Mengikut Kehendak Bakal Majikan
Tarikh |
4 Disember 2023 (Isnin) |
Masa |
9.00 pagi hingga 2 petang |
Peserta |
Usahawan |
Lokasi |
Dewan KRT Kg Tg Hussien Baru |
Tujuan :
Mempelajari asas membuat video yang menarik di TikTok
Aktiviti :
Petugas mengajar cara edit video di applikasi TikTok
Gambar Di Sini
Tarikh |
25 November 2023 |
Masa |
2 hingga 5 petang |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Lokasi |
PEDi KDAST2 |
Tujuan :
Mempelajari Proses Yang Terlibat Dalam Perubahan Jirim
Aktiviti :
Peserta diminta bermain permainan berkaitan di laman web ABCYA
Gambar Di Sini
Pada 29 November 2023 yang lalu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi Digital (KKD) telah menganjurkan Persidangan PEDi MADANI 2023 di Putrajaya International Convention Centre bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi itu diadakan bagi menghimpunkan barisan pengurus dan para usahawan daripada seluruh pelosok negara. Mereka telah berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka selain menonjolkan kisah kejayaan pusat-pusat berkenaan. Acara bersejarah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang menyaksikan persidangan yang julung kali diadakan ini memberi pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya. PEDi Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2 juga telah turut menyertai persidangan ini yang telah diwakili oleh Pengurus PEDi Puan Nural Ain.
Tidak itu sahaja, Usahawan PEDI KDAST2 yang sering dimbimbing dan diberi tunjuk ajar oleh pihak PEDi iaitu Puan Anita merupakan pengusaha produk herba dan khidmat urutan telah terpilih untuk membuka reruai perniagaan sepanjang Persidangan berlansung.Hasil jualan beliau disana amat memberansangkan.
Diharapkan berbagai inisiatif yang telah dan akan kerajaan lakukan disambut baik komuniti setempat dan seterusnya persidangan seperti ini akan kerap dilaksanakan samada diperingkat kebangsaan mahupun negeri.
Tarikh |
22 November 2023 |
Masa |
2 hingga 5 petang |
Peserta |
Usahawan |
Lokasi |
Premis Usahawan |
Tujuan :
Membuat Katalog Produk di Whatsapp For Business
Aktiviti :
Petugas mengajar cara memuat naik gambar produk dan diskripsi produk.
Gambar Di Sini