Sejarah Gugusan Manjoi

Sejarah Ringkas

Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidal pada tahun 1900, yang berasal dari Bota, Perak. Dia dan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan penghidupan baru.

Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, yang masih tinggal di sini, “Manjoi” mengambil sempena nama datuk Uda Kidal, Tok Manjoi, seorang yang alim. Uda Kidal sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

Ada juga cerita yang menyatakan nama “Manjoi” diambil dari nama isterinya, The Manja. “Manja” bila disebut dengan dialek Parit, sounds like “manjé”. Akhirnya perkataan tersebut menjadi “Manjoi

Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijra

h ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mulai dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang terbesar di Perak, dan di Malaysia.

 Sumber: wikipedia.org/wiki/Manjoi

 

Gugusan Manjoi


Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampung lain di sekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi - iaitu perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negeri ini.

Kawasan Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:
• Kampung Manjoi
• Kampung Tengku Hussein
• Kampung Sungai Tapah
• Kampung Dato Ahmad Said
• Kampung Jelapang Baru.

Kawasan Persekitaran Gugusan Manjoi

Kawasan Persekitaran

Gugusan Manjoi adalah berdekatan beberapa lokasi penting di Ipoh:

• Silibin
o Pusat komersial yang popular di Ipoh, Silibin terletak sepanjang Jalan Silibin, di selatan Gugusan Manjoi. Pusat komersial Silibin terletak betul-betul di hala masuk Gugusan Manjoi (melalui Tg. Hussein Baru) Anda boleh temui macam-macam di sini – daripada lawyer hinggalah rawatan refleksologi.

• Jelapang
o Kawasan komersial yang juga popular, terutamanya dengan pasarnya, terletak di sepanjang Jalan Jelapang (dari Jalan Silibin ke lebuhraya PLUS). Bandar Jelapang adalah pusat komersial yang sibuk terletak di tengah-tengah jalan yang panjang tersebut.

• Meru
o Meru merangkumi Taman Meru, Meru Heights, Taman Jati dan semua yang berada di kawasan itu, di bahagian utara Jalan Jelapang. Sekarang, itu juga merangkumi Mery Raya, 209 ekar, berstatus MSC Malaysia Cybercentre (Mei 2007) berhampiran lebuhraya. Ianya masih dibangunkan dan berkembang.

• Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Maxwell (Jalan Tunku Abdul Rahman)
o Jalan Maxwell pernah menjadi pusat komersial yang penting, tetapi Silibin telah mengambil alih kepentingannya. Walau bagaimanapun, ianya masih penting bagi penduduk disekitarnya. Jalan Kuala Kangsar pula popular kerana ianya merupakan jalan perhubungan yang penting. Ianya terkenal dengan pasu bunga, dan bunga dan perhiasan plastic. Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di jalan ini.