Selamat Datang

Pusat Internet  (PI) Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2,  Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pusat Internet ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri. PI adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif  Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PI yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet tersebut.


Objektif utama:

 

    1. Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan
    2. Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat
    3. Merapatkan jurang digital

 

KEMUDAHAN

    • Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
    • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar  bagi setiap pencawang bagi bagi capaian penduduk sekitar dalam 2 kilometer.
    • Kemudahan 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat dan mesin pencetak dan pengimbas.
    • Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

KEAHLIAN

    • Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan
    • Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup
    • Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan
    • Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik
    • Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan
    • Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam

 

 Petugas-Petugas di Pusat Internet Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 (KDAST 2)

  1. Pengurus

Nama  : Nur Syafiqah binti Mat Ghani

No. telefon : 013-4075159

 

  1. Penolong Pengurus

Nama  :  Nurul Ain binti Rosli

No. telefon : 011-61545104

  Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.