KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Mohammad Fauzan

Perempuan

13

Melayu

 Latar belakang

Mohammad Fauzan, 13 tahun, merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK Dato Ahmad Said Tambahan 2 dan tinggal berdekatan dengan PI. Beliau sering menghadirkan diri ke kelas mingguan yang dianjurkan di PI dan menunjukkan sikap ingin belajar yang tinggi dan aktif di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PI, saya tidak mempunyai asas dan pengetahuan komputer. Oleh kerana saya tidak mempunyai kemudahan komputer mahupun internet di rumah, sukar untuk saya menambahkan kemahiran dan pengetahuan komputer serta mencari sumber rujukan di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PI, saya sering meghadiri kelas ICT yang dijalankan di PI. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komputer saya. Saya diajar asas Microsoft Office dan Paint. Selain itu, saya juga diajar cara untuk membuat rujukan di internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara menggunakan tetikus dengan betul.

-       Mempelajari cara menggunakan internet dan mengenali internet

-       Mempelajari asas MS Office.

-       Mempelajari asas Adobe Photoshop dan Illustrator

-       Membuat akaun email dan facebook

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberi kelas ICT
  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak

KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Kamaliah

Perempuan

22

Melayu

Latar belakang

Nur Kamaliah merupakan pelajar lepasan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong yang menjalankan perniagaan aksesori secara dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya hanya menjual akseori kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Saya mengalami kekangan dalam mendapatkan pelanggan dan bercadang untuk meluaskan perniagaan saya ke seluruh negara bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya telah mula menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui Instagram dan Shoppe. Petugas PI memberi tunjuk ajar kaedah mengambil gambar produk supaya lebih menarik. Perniagaan saya telah berkembang dan mendapat sambutan yang baik. Selain itu, saya turut berjaya mendapat tempahan pelanggan secara pukal bukan sahaja dari Malaysia malah dari Brunei.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.

-       Mempelajari pelan perniagaan.untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

-       Etc

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
  • Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
  • Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.
  • Mempelajari kaedah berurusan dengan pembekal dan pelanggan.

KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Khairi bin Zaini

Lelaki

15

Melayu

Latar belakang

Muhammad Khairi bin Zaini merupakan pelajar tingkatan 3 di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 Perak. Beliau menghadiri kelas ICT di PI sempena program Sijil Unit Kurikulum pada setiap hari Jumaat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya hanya mempunyai asas kemahiran dan pengetahuan komputer. Saya sukar untuk membuat carian maklumat kerana tiada kemudahan internet di rumah dan asrama. Selain itu, saya kurang mahir penggunaan perisian reka grafik dan tidak mempunyai komputer serta perisian tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sepanjang menghadiri kelas ICT di PI, pelbagai perisian komputer yang saya pelajari terutamanya Microsoft Office. Saya juga datang ke PI untuk mempelajari perisian reka grafik seperti Adobe Photoshop. Saya membuat carian maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan kemudahan yang disediakan di PI.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara menggunakan tetikus dengan betul.

-       Mempelajari cara menggunakan internet dan mengenali internet

-       Mempelajari asas MS Office.

-       Mempelajari asas Adobe Photoshop dan Illustrator

-       Membuat akaun email dan facebook

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberi kelas ICT
  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak

KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Syafika binti Abdul Latif

Perempuan

23

Melayu

Latar belakang

Nur Shafika binti Abdul Latif mengusahakan perniagaan pad kain yang dibuat sendiri dari rumah sambil menjadi guru ganti di sebuah sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya menjual produk saya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Saya tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir untuk menguruskan dan mempromosikan produk. Namun begitu, saya merasakan amat sukar untuk meningkatkan jualan saya kerana pelanggan yang terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mula membuat pemasaran produk di Facebook. Saya turut mempromosikan produk saya di Facebook Group yang sering menjadi tumpuan pengguna laman sosial. Selain itu, saya belajar kaedah untuk memulakan perniagaan di Shoppe. Perniagaan dalam talian sangat mudah dan menjimatkan masa. Saya bukan sahaja dapat mempromosikan produk saya malah saya dapat berkongsi ilmu yang baru kepada lebih ramai rakan.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.

-       Mempelajari pelan perniagaan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

-       Etc

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
  • Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
  • Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk. 

KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Aladawiah binti Abd Latif

Perempuan

32

Melayu

Latar belakang

Aladawiah binti Abd Latif merupakan seorang penjawat kerajaan yang menjalankan perniagaan homemade popcprn caramel yang dijalankan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah. Oleh itu, pelanggan saya terhad kepada rakan sekerja, jiran dan saudara mara. Saya bercadang untuk meningkatkan penjualan saya dengan membuat akaun media sosial untuk perniagaan saya. Saya mula datang ke PI untuk mendapatkan bantuan dan panduan daripada petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya telah membuka akaun perniagaan dan menjalankan jualan di Facebook. Pelanggan saya semakin meningkat ke seluruh negeri Perak. Saya kerap memuat naik gambar produk di Facebook untuk tujuan promosi. Kaedah pemasaran secara online sangat membantu saya dalam meningkatkan jualan saya.