Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Imam Asy Syafiee atau nama ringkasnya SABK Maahad Al-Imam Asy Syafiee, merupakan sebuah Maahad yang terletak di Jelapang.

Pada 2009, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Imam Asy Syafiee memiliki 114 pelajar lelaki dan 99 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 213 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.

 

Alamat & No.Tel:-

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Imam Asy Syafiee

Jelapang

30020, Ipoh

Negeri Perak, Malaysia

Telefon = 6055273287

Fax = 6055281275

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya atau nama ringkasnya SMK Jelapang Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jelapang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya memiliki 539 pelajar lelaki dan 470 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1009 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya (SMKJJ) terletak Ipohnegeri Perak.

Sejarah

SMK Jelapang Jaya dibina bagi menampung keperluan para pelajar di kawasan persekitaran iaitu Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan, Manjoi dan Jelapang. Sekolah ini mula dibina pada 18 Ogos 1998. Bangunan sekolah ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada bulan Mac 2001 dibawah penjagaan En. Lockman bin Makmun. Bangunan sekolah ini mengambil rekabentuk bangunan terkini yang memberi banyak kemudahan prasarana bagi pembangunan seseorang insan bagi menghadapi perkembangan dunia globalisasi.

Pada 16 Mei 2001, Puan Rahimah bt Mohd Sura, PJK telah dilantik sebagai Pengetua SMK Jelapang Jaya. Puan Rahimah berpengalaman sebagai seorang Guru Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Pentadbiran selama 13 tahun di empat buah sekolah utama di bandaraya Ipoh iaitu, SMK Seri Intan, SMK Fair Park (1988-1991), SMK Raja Perempuan (1991-1993), SMK Seri Puteri (1993-1996) dan SMK St Michael (1996-2001).

Bermula Januari 2009, SMKJJ mengalami perubahan dari segi sesi persekolahan apabila SMKJJ memulakan persekolahan dua sesi, dengan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ditempatkan pada sesi petang. Pantadbiran Sesi Petang diketuai oleh En Abdul Manaf b Asmuni.

Kemudahan Asas

Pada awal penubuhannnya sekolah ini mempunyai bilik darjah (18), bilik makmal (6), bilik Pendidikan seni (1), bilik kemahiran hidup (3), bilik B&K (1), bilik surau (1), bilik gerakan (1), bilik koperasi (1), gelanggang badminton (1), gelanggang sepak takraw (1), padang bola (1), gelanggang bola keranjang (1), pejabat pentadbiran (1), bilik muzik (1), bilik guru (1) dan kantin (1).

Kerja-kerja penaiktaraf kemudahan asas telah dijalan pada tahun 2005 apabila kantin sekolah diubahsuai dan diperbesarkan bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada tahun 2005 juga makmal komputer D9 dinaiktaraf dengan memasang jubin bagi menambahkan kecerian dan suasana lebih kondusif.

Pada tahun 2006, sekolah bertambah ceria apabila bilik guru, pejabat dan makmal computer D8 turut dipasang jubin. Dewan terbuka juga mengalami perubahan dari segi fizikal dengan pemasangan jubin dan cat baru.

Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan atau nama ringkasnya SK Dato' Ahmad Said Tambahan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lebuh Rajawali.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan memiliki 447 pelajar lelaki dan 383 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 830 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

 

Alamat & No.Tel:-

Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan

Lebuh Rajawali

30020, Ipoh

Negeri Perak, Malaysia

Telefon = 6055268889

Fax = 6055268889

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Dato' Ahmad Said atau nama ringkasnya SMK Kg. Dato' Ahmad Said, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lebuh Rajawali.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Dato' Ahmad Said memiliki 488 pelajar lelaki dan 471 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 959 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.

 

Alamat & No. Tel:-

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Dato' Ahmad Said

Lebuh Rajawali

30020, Ipoh

Negeri Perak, Malaysia

Telefon = 6055270020

Fax = 6050266441