PENGELUAR PRODUK SAMBAL KACANG PECAL SEGERA, SAMBAL KACANG KETUPAT & SATAY SEGERA, SOS ROJAK BUAH SERTA PRODUK HERBA IAITU AIR JAMU SIRIH & AIR TEMULAWAK
http://kgahmadsaid.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId3e40ca2279
Jamilah Mansor Enterprise telah ditubuhkan pada Mei 1995. Proses penghasilan produk Sambal Kacang Pecal bermula secara kecil-kecilan di rumah. Proses pengeluaran dalam menghasilkan produk Sambal Kacang Pecal dilakukan secara manual oleh Puan Jamilah dan keluarga.
Pada awal pengeluaran produk, Pn Jamilah dan keluarga menggunakan peralatan tradisional dan proses secara manual dalam menghasilkan produk Sambal Kacang Pecal. Pemasaran produk pada mulanya hánya tertumpu di kawasan sekitar Daerah Ipoh dan Kedai – kedai runcit sekitar Ipoh.
Setelah hampir 13 tahun beroperasi, Syarikat telah berkembang dan mempunyai banyak produk makanan serta telah mengeluarkan produk herba. Syarikat juga akan melancarkan beberapa produk baru pada masa akan datang.
Syarikat ini adalah sebuah syarikat perkongsian dimiliki oleh Pn. Jamilah Binti Mansor dan Nor Azwa Binti Ni.Pada masa sekarang syarikat mempunyai 4 orang pekerja di Bahagian Pengurusan manakala untuk bahagiam pemprosesan produk, Syarikat mempunyai seramai 5 orang pekerja.
Syarikat bermatlamat pada masa akan datang untuk menghasilkan lebih banyak produk – produk selari dengan keperluan dan kehendak masyarakat malaysia terutama bagi pengguna muslim. Usaha pihak kerajaan menggalakkan masyarakat Malaysia membeli barangan buatan tempatan mampu melonjakkan jualan dan permintaan bagi produk – produk keluaran syarikat Jamilah Mansor Enterprise.
Jika berminat untuk menempah hasil produk beliau boleh hubungi Pn. Nor Azwa Binti Ni 05-5270996/013-3029968 atau terus ke kilang 421, Jalan Delima, Kg. Dato’ Ahmad Said,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Sumber dipetik dari : http://jamilahmansor.blogspot.my/