(KISAH KEJAYAAN USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Syafiqah binti Mohamed |
Perempuan |
24 |
Melayu |
Latar belakang
Syafiqah binti Mohamed merupakan seorang pelajar yang mengusahakan perniagaan choco jar dan mochi perisa coklat dan mangga secara separuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan pelanggan saya merupakan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Saya jarang membuat pemasaran produk kerana merasakan pemasaran memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pelanggan saya terhad keada kawan-kawan dan orang terdekat sahaja. Saya mula belajar cara mempromosikan produk saya di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah saya mempelajari kaedah pemasaran tanpa modal, saya mula menjalankan pemasaran secara online di Facebook. Saya juga belajar kaedah mengambil gambar yang betul bagi menghasilkan gambar yang cantik. Saya hanya perlu memuat naik gambar dan info di Facebook untuk memasarkan produk saya. Pemasaran secara online tidak memerlukan kos yang tinggi dan membantu saya dalam mempromosikan produk serta menambahkan pelanggan saya.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
- Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.
- Mempelajari kaedah berurusan dengan pembekal dan pelanggan.