KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nurhawa Balqis binti Mohd Radzuan

Perempuan

12

Melayu

 

Latar belakang

Nurhawa Balqis binti Mohd Radzuan merupakan seorang pelajar darjah 6 di SK Dato Ahmad Said Tambahan 2. Beliau tinggal berhampiran dengan PI dan sering datang ke PI untuk menggunakan kemudahan asas dan menghadiri kelas yang diadakan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya hanya mempunyai asas kemahiran dan pengetahuan komputer. Saya sering datang ke PI untuk menghadiri kelas yang diadakan supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer saya. Saya juga datang ke PI untuk menggunakan komputer dan mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas dan aktiviti di PI, saya dapat memperlajari pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office, Movie Maker dan Adobe Photoshop. Selain itu, saya juga menambah pengetahuan kaedah yang betul dalam membuat carian di internet. Kini, saya lebih cepat dan mudah menyiapkan kerja sekolah yang melibatkan pencarian maklumat di internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara menggunakan tetikus dengan betul.

-       Mempelajari cara menggunakan internet dan mengenali internet

-       Mempelajari asas MS Office.

-       Mempelajari asas Adobe Photoshop dan Illustrator

-       Membuat akaun email dan facebook

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberi kelas ICT
  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak