KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Nabilah binti Rosli |
Perempuan |
30 |
Melayu |
Latar belakang
Nabilah binti Rosli merupakan seorang penjawat swasta yang menjalankan perniagaan dropship produk kecantikan Nurraysa yang hanya dijalankan dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan pelanggan saya merupakan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Saya merasakan pelanggan saya terhad kepada kawan-kawan dan orang terdekat sahaja kerana kaedah pemasaran yang tidak efektif. Oleh itu, saya mula belajar cara mempromosikan produk saya di media sosial iaitu Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya telah menjalankan pemasaran produk secara online di Facebook dan Whatsapp. Saya memuat naik gambar produk, promosi dan testimoni daripada pelanggan setiap hari. Sejak itu, saya mula menerima pelanggan dari luar negeri. Kaedah pemasaran secara online sangat efektif kerana pasaran saya lebih meluas tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.
- Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.
- Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.
- Mempelajari pelan perniagaan.untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Etc
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
- Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.
- Mempelajari kaedah berurusan dengan pembekal dan pelanggan.