KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Zura binti Latif |
Perempuan |
27 |
Melayu |
Latar belakang
Zura binti Latif mengusahakan perniagaan produk kecantikan dan minuman dari jenama Soya Mirza, Sobella, FD Cubremi Matte dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya mempromosikan produk saya hanya pada ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Saya tidak memasarkan produk secara dalam talian kerana tidak mempunyai kemudahan asas ICT di rumah. Oleh itu, pelanggan saya terhad kepada orang terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah datang ke PI dan mempelajari kaedah pemasaran di Facebook, saya mula menjalankan pemasaran secara dalam talian. Saya juga belajar perkara-perkara yang sesuai untuk dimuat naik di Facebook perniagaan saya. Saya merasakan pemasaran dalam talian membantu saya menambah pelanggan dari seluruh Malaysia.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.
- Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.
- Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.
- Mempelajari pelan perniagaan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Etc
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.