KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Muhammad Nabil Azwar Bin Mohd Zaki

Lelaki

15

Melayu

 

Latar belakang

Muhammad Nabil Azwar Bin Mohd Zaki merupakan pelajar tingkatan 3 di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 Perak. Setiap hari Jumaat, beliau akan menghadiri kelas ICT di PI sempena program Sijil Unit Kurikulum. Beliau seorang pelajar yang aktif di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya hanya mempunyai asas kemahiran dan pengetahuan komputer. Namun saya kurang menggunakan kemahiran saya kerana tiada kemudahan ICT. Saya sering datang ke PI untuk menghadiri kelas yang diadakan supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer saya. Saya juga datang ke PI untuk menggunakan kemudahan ICT dan membuat carian untuk menyiapkan kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas dan aktiviti di PI, saya dapat mempelajari pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office, Movie Maker dan Adobe Photoshop. Saya berpeluang meningkatkan kreativiti saya dengan rekaan grafik menggunakan perisian komputer. Saya juga lebih bijak dalam membuat carian di internet. Kini, saya lebih cepat dan mudah menyiapkan kerja sekolah yang melibatkan pencarian maklumat di internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara menggunakan tetikus dengan betul.

-       Mempelajari cara menggunakan internet dan mengenali internet

-       Mempelajari asas MS Office.

-       Mempelajari asas Adobe Photoshop dan Illustrator

-       Membuat akaun email dan facebook

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberi kelas ICT
  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak