KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Nazihah binti Tarmizi |
Perempuan |
27 |
Melayu |
Latar belakang
Nazihah binti Tarmizi merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan mini cococrunch dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya menjual produk saya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Saya tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir untuk menguruskan dan mempromosikan produk dan menganggap akan dikenakan bayaran jika menjalankan perniagaan di Facebook. Namun begitu, saya merasakan amat sukar untuk meningkatkan jualan saya kerana pelanggan yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya datang ke PIuntuk mempelajari kaedah pemasaran di Facebook dan Instagram, saya mula menjalankan pemasaran secara dalam talian. Saya belajar cara mempromosikan perniagaan saya secara percuma di Marketplace. Dari itu, saya sedar perniagaan secara dalam talian lebih menjimatkan masa, kos dan tenaga saya. Pelanggan saya kian bertambah sejak menjalankan perniagaan di Facebook dan Instagram.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.
- Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.
- Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.
- Mempelajari pelan perniagaan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Etc
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
- Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk