KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)

Nama

Jantina

Umur

Bangsa

Nur Syafika binti Abdul Latif

Perempuan

23

Melayu

 

Latar belakang

Nur Shafika binti Abdul Latif mengusahakan perniagaan pad kain yang dibuat sendiri dari rumah sambil menjadi guru ganti di sebuah sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya menjual produk saya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Saya tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir untuk menguruskan dan mempromosikan produk. Namun begitu, saya merasakan amat sukar untuk meningkatkan jualan saya kerana pelanggan yang terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mula membuat pemasaran produk di Facebook. Saya turut mempromosikan produk saya di Facebook Group yang sering menjadi tumpuan pengguna laman sosial. Selain itu, saya belajar kaedah untuk memulakan perniagaan di Shoppe. Perniagaan dalam talian sangat mudah dan menjimatkan masa. Saya bukan sahaja dapat mempromosikan produk saya malah saya dapat berkongsi ilmu yang baru kepada lebih ramai rakan.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.

-       Mempelajari pelan perniagaan untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

-       Etc

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
  • Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
  • Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.