KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Suriyani binti Misnon |
Perempuan |
27 |
Melayu |
Latar belakang
Suriyani binti Misnon merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan popia goreng dan sejuk bek berintikan ayam, ketam dan cheese.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan pelanggan saya merupakan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Saya mempromosikan popia sejuk beku dengan cara mengedarkan risalah kepada jiran-jiran. Saya merasakan pelanggan saya terhad kepada kawan-kawan dan orang terdekat sahaja. Oleh itu, saya mula belajar cara mempromosikan produk saya di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya telah menjalankan pemasaran secara online di Facebook dan Whatsapp. Saya mula menerima tempahan popia goreng dan sejuk beku secara pukal dan saya juga diberi peluang untuk meletakkan popia sejuk beku di kedai-kedai runcit. Pemasaran secara online banyak membantu saya dalam mempromosikan produk saya dan menambahkan pelanggan saya.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.
- Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.
- Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.
- Mempelajari pelan perniagaan.untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Etc
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
- Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.
- Mempelajari kaedah berurusan dengan pembekal dan pelanggan.
(KISAH KEJAYAAN USAHAWAN)
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
Syafiqah binti Mohamed |
Perempuan |
24 |
Melayu |
Latar belakang
Syafiqah binti Mohamed merupakan seorang pelajar yang mengusahakan perniagaan choco jar dan mochi perisa coklat dan mangga secara separuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan pelanggan saya merupakan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Saya jarang membuat pemasaran produk kerana merasakan pemasaran memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pelanggan saya terhad keada kawan-kawan dan orang terdekat sahaja. Saya mula belajar cara mempromosikan produk saya di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah saya mempelajari kaedah pemasaran tanpa modal, saya mula menjalankan pemasaran secara online di Facebook. Saya juga belajar kaedah mengambil gambar yang betul bagi menghasilkan gambar yang cantik. Saya hanya perlu memuat naik gambar dan info di Facebook untuk memasarkan produk saya. Pemasaran secara online tidak memerlukan kos yang tinggi dan membantu saya dalam mempromosikan produk serta menambahkan pelanggan saya.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan internet dengan bijak.
- Mempelajari teknik pemasaran yang berkesan.
- Mempelajari waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk.
- Mempelajari kaedah berurusan dengan pembekal dan pelanggan.